Pendaftaran

Kesemua pengguna berdaftar Actyvate yang berada dalam kategori :

  • Individu
  • Organisasi
  • Komuniti

Dana Sepadan

Pemilik projek yang berjaya ke peringkat penjanaan dana layak menerima geran sebanyak maksima RM50,000. Geran berkenaan akan diterima sekiranya kriteria berikut dipenuhi:

  • Berjaya meraih lebih daripada 50% sasaran dana; DAN/ATAU
  • Memerlukan kurang daripada RM 50,000 untuk mencapai sasaran dana.

Penyerahan Projek

Kesemua projek WAJIB mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam :

  • Permohonan Penjanaan Idea
  • Permohonon Penjanaan Dana Projek

Kesemua projek akan dinilai berdasarkan kesempurnaan dan kesalinghubungan maklumat yang disediakan. Kelulusan projek hanya bergantung kepada keputusan muktamad Actyvate.

Projek : Penjanaan Idea

Kesemua projek WAJIB mencapai sekurang-kurangnya 50 UNDIAN sebagai syarat pengesahan bagi membolehkan projek layak ke peringkat penjanaan dana..

Proses penjanaan idea akan berlangsung selama 2 bulan; dari 19 November sehingga 19 Januari.

Pengesahan bagi projek itu akan dijamin menerusi pencapaian undian minima seperti yang telah ditetapkan.

Projek : Penjanaan Dana

Kesemua projek boleh dibantu menerusi penjanaan dana dan sumbangan seumpamanya.

Proses penjanaan idea akan berlangsung selama 2 bulan; dari 19 Januari sehingga 19 Mac.

Proses penjanaan dana terhad kepada 60 hari maxima selepas projek diberi status 'berjaya' atau 'tidak berjaya', bergantung kepada pencapaian sasaran minima.

Kesemua sumbangan seumpama :

  • Dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui dan diterima pemilik projek. Bagaimanapun, platform Actyvate tidak bertanggungjawab memastikan sumbangan diterima atau sebaliknya.
  • Tidak dicerminkan pada proses penjanaan dana.

Penyaluran Dana

Penyaluran dana akan berlangsung 30 hari selepas tamat tempoh kempen. Dana akan disalurkan berdasarkan sasaran ikrar di mana skim penyaluran tertera digunakan:

Bagi dana berjumlah RM 3,000 dan ke bawah

  • 100 % saluran dana jika proses penjanaan dana berjaya

Bagi dana berjumlah RM 3,001 sehingga RM 10,000

  • 80 % saluran dana jika proses penjanaan dana berjaya
  • 20 % saluran dana selepas penyerahan laporan penutup yang memuaskan

Bagi dana berjumlah lebih daripada RM 10,001

  • 50 % saluran dana jika proses penjanaan dana berjaya
  • 30 % saluran dana selepas penyerahan laporan peristiwa penting yang memuaskan
  • 20 % saluran dana selepas penyerahan laporan penutup yang memuaskan

Pendaftaran

Kesemua pengguna berdaftar Actyvate yang berada dalam kategori :

  • Individu
  • Organisasi

Mengundi

Pengguna hanya dibenarkan SATU UNDIAN bagi satu projek.

    Pendaftaran

    Kesemua pengguna berdaftar Actyvate yang berada dalam kategori :

    • Individu
    • Organisasi

    Pengguna perlu melengkapkan Butiran Peribadi Saya sebelum membiaya dan/atau menyumbang.

    Hanya pengguna berumur 18 tahun ke atas sahaja yang dapat membantu dalam penjanaan dana.

    Pembiayaan

    Pengguna WAJIB lengkapkan Butiran Profil seperti tertera:

    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Muat naik kad pengenalan yang difotostat
    • Alamat
    • Nombor telefon (talian tetap) & (telefon bimbit)

    Pengguna MESTI lengkapkan ruangan Butiran Profil sebelum menyumbang kepada projek.

    Dana hanya diterima melalui kaedah berikut :

    • FPX & Debit langsung
    • Kad Kredit

    Sumbangan Seumpama

    Pengguna MESTI memaklumkan bentuk sumbangan, sama ada dari segi tenaga kerja dan/atau dalam bentuk barangan.

    Kesemua sumbangan seumpama :

    • Dibenarkan, dengan syarat ia dipersetujui dan diterima pemilik projek. Bagaimanapun, platform Actyvate tidak bertanggungjawab memastikan sumbangan diterima atau sebaliknya.
    • Tidak dicerminkan pada proses penjanaan dana.

    Pengembalian Dana

    Jika kempen tidak mencapai sasaran dana, pembiaya akan menerima jumlah dana (sumbangan) penuh.

    Jika pembiaya ingin menerima pembayaran semula, ruang Maklumat Bank MESTI dilengkapkan. Seandainya perkara ini tidak terlaksana, ikrar anda mungkin akan digunakan Actyvate bagi projek lain pada masa hadapan dan bukannya untuk usaha yang anda ingin biayai buat masa ini.

    Jumlah dana (sumbangan) yang dibayar balik akan dikenakan :

    • Yuran Transaksi (yuran antara bank dan sebagainya)
    • Akan dikembalikan dalam masa 4 minggu.