FAQs

ASAS

APAKAH ITU ACTYVATE?

ACTYVATE merupakan platform 'crowd-pledging' secara online yang boleh digunakan oleh orang ramai. Ia dapat membantu dalam mencadangkan projek kreatif kepada masyarakat, mendapat sokongan dan menjana dana bagi merealisasikan projek tersebut.

Projek yang berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, lantas mengumpul dana memadai akan diberi peluang menggunakan dana itu. Perkara ini bagi memastikan suara golongan belia didengari dan mendapat perhatian masyarakat secara amnya.

SIAPAKAH PENDORONG ACTYVATE?

Actyvate merupakan inisiatif atau usaha Blue Ocean Youth Movement (BOYM) di bawah naungan Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Actyvate juga adalah kerjasama yang disokong Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dipacu oleh 1Malaysia For Youth (iM4U) dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC). Actyvate turut disokong Kementerian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan; dan Kementerian Pendidikan Tinggi disamping Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Majlis Belia Negara.

SIAPAKAH BOLEH CIPTA DAN MEMILIKI PROJEK?

Pemilik projek mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan seorang warganegara Malaysia.

Jika anda merupakan seorang individu yang mewakili diri sendiri ataupun sekolah, syarikat, dan/atau sebagainya, anda boleh memuat naik projek anda di Actyvate dengan syarat projek itu melepasi tahap piawaian.

APAKAH JENIS PROJEK YANG LAYAK?

Kesemua projek yang berdaftar bersama Actyvate perlu menunjukkan cara dan kesan projek berkenaan dapat memberi impak positif kepada masyarakat:

  1. Pembangunan Komuniti
  2. Alam Sekitar, Kelestarian & Tenaga Hijau
  3. Capaian Ekonomi & Pengurangan Kemiskinan
  4. Pembangunan Belia
  5. Kelainan Upaya
  6. Kesenian, Media & Kebudayaan
  7. Kesihatan & Pemakanan
  8. Pendidikan
  9. Air & Sanitasi
  10. Kebajikan Haiwan
  11. Pembangunan Luar Bandar

BAGAIMANA KONSEP DANA PERKONGSIAN BERFUNGSI DAN BAGAIMANA CARA SAYA MENERIMA DANA?

Dana Perkongsian Actyvate merupakan dana yang disediakan pihak kerajaan bagi menyelaras keseluruhan ikrar bagi sesebuah projek. Ia boleh didapati dengan kadar maksima RM50,000 bagi projek yang dipercayai (oleh Actyvate) berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat.

 

BERMULA

APAKAH PROSES UNTUK MENYERTAI RANGKAIAN ACTYVATE?

  1. Anda hanya perlu mendaftarkan diri untuk menjadi pengguna Actyvate. Dengan menjadi pengguna, anda akan sertai rangkaian aplikasi kami secara automatik. Anda boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel atau menerusi akaun Facebook peribadi. Selepas itu, anda dapat log masuk ke akaun Actyvate anda dengan mudah.
  2. Adakah anda bersedia untuk mendapatkan sokongan bagi melaksanakan idea anda? Sebelum meneruskan proses permohonan, anda diminta membaca dasar-dasar Actyvate mengenai garis panduan dan kelayakan.
  3. Selepas melengkapkan butiran profil, anda boleh memulakan proses permohonan dengan memilih tab ‘Mulakan Projek’ pada papan pemuka anda.
  4. Lengkapkan borang permohonan proses penjanaan idea dan hantar.
  5. Selepas permohonan diluluskan, anda akan terima e-mel yang menyatakan butiran penerimaan idea anda. Idea berkenaan akan terus dimuat naik pada halaman Projek kami.
  6. Anda perlu meraih sekurang-kurangnya 50 undi untuk mengesahkan projek anda. Selepas mendapat pengesahan, anda akan terima e-mel notifikasi. Kemudian, anda perlu lengkapkan permohonan penjanaan dana (nota: Projek yang tidak mendapat jumlah undi memadai akan diarkibkan)
  7. Hantar borang permohonan penjanaan dana.
  8. Selepas permohonan diluluskan, anda akan terima e-mel notifikasi mengenai tarikh apabila halaman penjanaan dana akan dimuat naik (bergantung kepada kitaran penjanaan dana dan/atau tarikh ditetapkan anda)
  9. Sekarang, anda perlu capai sasaran penjanaan dana anda. Jika berjaya, projek anda dianggap sah dan dibiayai! (Nota: Projek yang tidak mencapai sasaran penjanaan dana akan diarkibkan)
  10. Anda akan terima e-mel notifikasi mengenai kejayaan penjanaan dana anda. Seterusnya, anda akan dimaklumkan tentang penyaluran dana. Anda mungkin akan terima dana tersebut secara ansuran (bergantung kepada syarat pejanaan dana anda).
  11. Apabila dana sudah disalurkan, anda boleh merealisasikan projek berdasarkan pelan dan strategi yang telah diaturkan dalam Halaman Projek anda.
  12. AMAT PENTING bagi semua individu yang menyokong projek mendapat maklumat mengenai perkembangan usaha berkenaan. Perkembangan ini haruslah berkait dengan tanda aras yang telah ditetapkan pada halaman projek. Anda boleh log masuk dan kemas kini maklumat untuk dikongsi kepada penyokong projek dengan memilih tab ‘Projek’ pada papan pemuka. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman projek di mana anda dapat menaip atau menulis tentang perkembangan projek berkenaan.
  13. Selepas melengkapkan tanda aras yang telah diperincikan dan melaporkan mengenai perkembangan projek di tab laporan pada halaman projek (lihat maklumat 12.), anda layak menerima baki saluran dana (bergantung kepada syarat penjanaan dana anda).

Dengan melengkapkan segala proses yang ditetapkan, anda layak menjadi sebahagian daripada Rangkaian Actyvator!

*Anda perlu fahami bahawa kesemua projek akan melalui DUA peringkat ‘crowd-pledging’: Penjanaan Idea dan Penjanaan Dana.

BERAPAKAH YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENCIPTA DAN MEMILIKI SEBUAH PROJEK?

Actyvate tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran lain bagi pemilik projek yang melalui proses merealisasikan projek itu.

BERAPAKAH TEMPOH MASA UNTUK MENDAPATKAN PERMOHONAN PROJEK DILULUSKAN?

Selepas anda hantar permohonan, anda akan terima emel yang menyatakan tempoh 3 hari bagi projek anda diluluskan.

BERAPAKAH JUMLAH DANA YANG DAPAT DIKUMPUL?

Dengan Actyvate, tiada had yang ditetapkan bagi jumlah dana yang dikumpul. Namun, amat penting bagi jumlah itu berada pada had munasabah.

ADAKAH SAYA PERLU MEMUAT NAIK VIDEO BAGI PROJEK SAYA?

Anda tidak perlu memuat naik video bagi projek anda. Bagaimanapun, kami menyarankan agar anda berbuat demikian kerana video merupakan pengantara yang boleh memberi maklumat kepada orang ramai dengan lebih muda. Dalam erti kata lain, keberangkalian anda mencapai sasaran ‘crowd-funding’ lebih tinggi.

BERAPAKAH TEMPOH MASA BAGI SAYA MERAIH UNDI?

Selepas pelancaran platform pada 18 November 2017, pemilik projek akan diberi 2 bulan untuk meraih jumlah undi yang memadai. Fasa pelancaran bagi proses pengesahan idea akan berjalan dari 18 November 2017 sehingga 18 Januari 2018.

BERAPAKAH TEMPOH MASA BAGI SAYA MENJANA DANA?

Selepas anda melancarkan kempen ‘crowd-funding’, anda mempunyai 60 hari untuk mencapai sasaran penjanaan dana.

 

SEMASA KEMPEN

ADAKAH SAYA DAPAT MEMADAM PROJEK SEMASA BERADA DALAM PROSES PENGUMPULAN DANA DAN SEBAGAINYA?

Jika anda tidak lagi berkeupayaan meneruskan projek anda, anda perlu berhubung dengan kami secepat mungkin. Kami akan menamatkan kempen penjanaan dana dan akan memulangkan jumlah yang telah dikumpul setakat itu kepada mereka yang telah menyumbang.

BOLEHKAH SAYA MENYUNTING BUTIRAN PROJEK SEMASA BERADA DALAM PROSES PENGUMPULAN DANA DAN SEBAGAINYA?

Selepas butiran projek anda dihantar, anda tidak dibenarkan menyuntingnya lagi. Ini kerana kejayaan projek anda bergantung kepada tahap penerimaan orang ramai. Jika anda menyunting butiran projek selepas mendapat kelulusan, ia akan membatalkan semua undi yang diperolehi.

Bagaimanapun, jika terdapat perubahan kecil seperti kesilapan ejaan dan sebagainya, anda boleh emel ke [email protected] dan kami akan berusaha untuk membetulkan kesilapan itu.

APAKAH YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MERAIH UNDI LEBIH?

Kejayaan kempen bergantung kepada keupayaan anda menghebahkan maklumat kepada orang ramai. Intipati kempen perlu dikongsi bersama keluarga, rakan-rakan, dan mereka dalam komuniti anda kerana usaha berkenaan akan turut membawa kebaikan kepada mereka.

Apanila bercakap mengenai media sosial dan penggunaannya dalam penghebahan informasi secara melebih tidak akan membuahkan hasil. Anda digalakkan video, serta pautan lain akan membantu projek anda mendapat tatapan umum, lantas sokongan yang memadai.

APAKAH YANG SAYA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENDAPAT IKRAR LEBIH?

Mulakan kempen perjanaan dana dengan menarik minat kenalan anda. Selepas itu, anda boleh hebahkan maklumat sama kepada orang ramai. Mereka yang kenal dan rapat dengan anda akan lebih cenderung membantu dan menyokong usaha tersebut. Dengan sokongan itu, projek anda akan tampil lebih menarik dan boleh dipercayai oleh orang ramai.

APAKAH AKAN JADI JIKA SASARAN DAN TIDAK DICAPAI?

Jika projek anda tidak mencapai sasaran dananya dalam tempoh 60 hari, projek anda akan berakhir dan semua dana yang dikumpulkan akan kembali ke penyokongnya.

ADAKAH PROJEK SAYA BOLEH MENJANA DANA BERLEBIHAN?

Tidak. Ini kerana selepas anda mencapai sasaran ‘crowd-funding’, secara automatik kempen anda tidak akan dapat menerima ikrar lagi.

 

SELEPAS KEMPEN

BAGAIMANA CARA UNTUK MENERIMA SUMBANGAN YANG DIJANA?

Dana yang diraih akan dihantar ke akaun bank anda. Sila pastikan maklumat perbankan anda diisi dengan tepat!

BILAKAH SAYA AKAN TERIMA SUMBANGAN YANG DIJANA?

Selepas kempen berakhir dan proses penjanaan dana berjalan dengan lancar, anda akan terima sumbangan berkenaan selepas 30 hari.

Dana akan disalurkan mengikut sasaran projek seperti skim tertera:

RM 3,000 ke bawah

  • 100% selepas penjanaan dana yang berjaya

RM 3,001 sehingga RM 10,000

  • 80% selepas penjanaan dana yang berjaya
  • 20% selepas penyerahan laporan projek yang memuaskan

RM 10,001 ke atas

  • 50% selepas proses penjanaan dana yang berjaya
  • 30% selepas penyerahan tanda aras projek yang memuaskan
  • 20% selepas penyerahan laporan projek yang memuaskan

ADAKAH SAYA DAPAT MELANCARKAN SEMULA KEMPEN JIKA KEMPEN ITU TIDAK BERJAYA?

Tidak. Jika kempen berkenaan tidak berjaya, ia akan ditutup dan disimpan dalam arkib kami. Bagaimanapun, anda boleh memulakan kempen baharu yang mempunyai butiran dan maklumat sama seperti kempen yang tidak berjaya sebelum itu.

Tidak mendapat jawapan?

Emel kami dan kami akan memberi bantuan untuk memulakan projek anda!

TANYA KAMI