Kami menghubungkan idea projek kepada masyarakat yang sudi biayai mereka

Kami adalah platform crowd-pledging bagi kaum muda mencadangkan projek-projek kreatif, menerima sokongan, dan mengumpulkan bantuan seperti sukerelawan, barangan, sokongan gratis, dan dana.

Mengapa guna Actyvate?

Semua Dialu-Alukan

Actyvate berdedikasi membantu golongan belia dari semua lapisan masyarakat untuk membangunkan projek inovatif yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti.

Tambahan Dana

Kami mempadankan dana sehingga RM50,000 di samping dana crowdfunding untuk memastikan projek anda berkesan

Kami Merangkumi Semua Bidang

Ruang projek kami tidak terhad bagi memastikan keberkesanan merentasi pelbagai bidang.

Kami dibantu oleh wira-wira yang
ingin membawa kebaikan ke komuniti

Actyvator-actyvator kami membawa impak ke komuniti dengan saling bekerjasama bersama orang ramai melalui platform ini. Kemahiran dan pengalaman mereka dalam bidang tersendiri bakal membantu pengguna kami.

Memperkenalkan Actyvator-Actyvator Kami


SUHAIL KAMARUDDIN
Penerima anugerah Tokoh Belia Negara (National Youth Figure) dan Premier Gold Award for Youth. Beliau telah melancarkan pelbagai program dan latihan dengan tujuan membangunkan masyarakat secara khusus dan negara tercinta secara amnya
MICHAEL TEOH
 
Terkenal kerana usahanya menyebarkan mesej positif dalam masyarakat, Michal merupakan seorang penulis bagi New Straits Times (NST), pengulas radio bersama IM4U.fm, dan juga tampil sebagai personaliti TV jika berkesempatan. Menerusi rencananya, individu berbakat ini mengutarakan strategi untuk menjadi seorang pemimpin berkaliber dalam kehidupan masing-masing. Ia berkait rapat dengan pendapat beliau bahawa golongan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara
JU ARIANA
 
Seorang yang cukup sinonim dengan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia, Ju Ariana juga turut aktif mengendalikan beberapa Badan Bukan Kerajaan pada masa lapangnya. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang usahawan dan sentiasa mengambil inisiatif dalam projek kesukarelawanan pada peringkat antarabangsa
CHRISTOPHER TOCK
Seorang individu yang berfikiran jauh dan cukup arif dalam bidang kepimpinan, Christopher merupakan seorang penasihat digital kepada pelbagai organisasi di negara ini. Beliau menerapkan konsep ‘Think Big, Start Small, Move Fast’ dalam program keusahawanannya. Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan penerapan kepimpinan bersama dalam kehidupan seharian bagi membangunkan masyarakat holistik
MOHD ZIKRY
Merupakan salah seorang pengasas ‘The Incitement Movement’ yang bertujuan mempromosikan kesukarelawanan dalam kalangan belia. ‘The Incitement Movement’ juga menekankan kepentingan usaha golongan belia untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Tambahan itu, Zikry merupakan seorang individu yang aktif memberi ucapan motivasi serta seminar yang menekankan keusahawanan sosial dalam komuniti di serata dunia
JOHN-SON OEI
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Collective. EPIC Collective ialah usaha keusahawanan sosial yang berpangkalan di Bandar Sunway dan telah merangkul pelbagai anugerah. Visinya adalah untuk membina jalur kenalan antarabangsa dengan niat mengeratkan silaturrahim antara manusia dan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk kebaikan sejagat
NIK NURFARAH FAREENA
Dianugerahkan Mentor Pengusaha Terbaik (Best Entrepreneurship Mentor) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi usahanya bersama KOSISWA. KOSISWA merupakan ‘social enterprise’ oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menerapkan semangat inovasi dan minat terhadap perusahaan dalam kalangan pelajar. Bukan itu sahaja, KOSISWA membantu anak muda mejana pendapatan sampingan dengan membuka pelbagai peluang perniagaan
POTTER KA KAI FONG
Berkhidmat sebagai wakil Asia kepada Lion’s Club International Youth Program, Potter bekerjasama dengan ketua rantau lain untuk mengalakkan golongan belia untuk aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat. Potter juga merupakan ahli bagi Majlis Pemuda Iskandar Malaysia dan Penyelaras Belia untuk Persatuan Komanwel Diraja (Youth Coordinator for the Royal Commanwealth Society) bagi rantau ini
JEEVARAJAH RATNARAJAH
Beliau merupakan salah seorang pengasas JOMSAY dan pelajar tahun akhir dalam bidang Pergigian. eevarajah juga merupakan Presiden Pertubuhan Smile Malaysia dan berhasrat meningkatkan aksesibiliti penjagaan kesihatan melalui teknologi. Bukan itu sahaja, beliau cukup arif dan mempunyai kenalan dalan industri muzik tempatan. Jeevarajah turut aktif dalam bidang sukan di bawah kendalian Datuk Misbun Sidek
CECILIA RAJ
Seorang anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang mempunyai reputasi cemerlang, Cecilia merupakan seorang yang bersemangat waja dan sentiasa prihatin terhadap kesusahan orang lain. Perkara ini cukup jelas dalam usahanya membantu mereka yang terkesan kerana bencana alam. Cecilia percaya bahawa setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha membina masyarakat penyayang dan kaya dengan budi pekerti. Kini, beliau giat menerapkan nilai perpaduan dan patriotisme dalam aktiviti kesukarelawanan sedia ada di Malaysia
ZAIM MOHZANI
Seorang individu yang rajin melibatkan diri dalam sektor awam dan juga swasta, Zaim berhasrat untuk melatih dan membimbing generasi seterusnya untuk menjadi pemimpin-pemimpin negara pada masa akan datang. Kini, beliau menjalankan inisiatif pembangunan pemimpin untuk mendidik dan memperkasakan golongan belia Malaysia. Antara inisiatif berkenaan termasuk penubuhan ‘Nation Building School’, sebuah organisasi sivik dan sosial yang memberi ruang kepada anak muda untuk belajar cara-cara mengetuai sesebuah organisasi dan sebagainya
WAN AHMAD HAZMAN
Beliau merupakan Ahli Lembaga dan Pengarah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). YSS merupakan pertubuhan yang melatih dan memberi platform kepada ketua pelajar yang juga bertindak sebagai sukarelawan untuk bertugas pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Setakat ini, YSS telah melengkapkan 28 misi kesukarelawanan pada peringkat global