BENGKEL INTENSIF TERAPI RAWATAN WAJAH DAN TERAPI SOLEKAN GOLONGAN BELIA

Focus Area

Education

Short Description

Melatih dan melahirkan usahawan spa bergerak wanita terutamanya dan mereka yang bakal terlibat di dalam program ini adalah daripada golongan belia. Selepas tamat bengkel intensif ini, para peserta dapat memulakan perniagaan spa bergerak ataupun dapat diterapkan untuk peluang pekerjaan kepada pemilik-pemilik spa, salun atau pusat kesihatan yang amat memerlukan untuk tenaga kerja pakar tempatan.

Total 82 Votes

Tell us how can we improve this post?

+ = Verify Human or Spambot ?

Voting end : 30.06.2018

The Project

Project Owner

Noraini Binti Mokhtar

Location

Selangor

Problem

Ramai belia sedar bidang ini dapat memberikan pendapatan yang lumayan dan amat berminat untuk mendapatkan ilmu kemahiran di dalam bidang rawatan wajah lengkap dan solekan ini untuk menjana ekonomi diri dan keluarga di samping menambah pendapatan, namun oleh kerana tidak berkemampuan dan juga kurang kemudahan semasa menghadiri bengkel, hasrat mereka ini tidak dapat diteruskan.

Solution

1) Menyediakan platform Bengkel Intensif Terapi Wajah dan Terapi Solekan Golongan Belia di mana latihan diberikan adalah dalam bentuk teori dan juga latihan praktikal. Latihan praktikal ini amat penting supaya para peserta bengkel akan lebih mudah mempraktiskan kemahiran yang telah dipelajari.

2) Membuka peluang pekerjaan selepas mereka tamat belajar untuk menjadi terapis spa bersama Akademi Cony Kimora atau boleh juga bekerja bersama rakan-rakan pemilik bisnes spa yang lain.

Target Beneficiary

1) Para belia dapat segera memulakan perniagaan spa bergerak selepas tamat belajar.

2) Mengurangkan kadar pengangguran terutamanya para belia yang belum mendapat pekerjaan kerana kurangnya ilmu dalam kemahiran ini.

3) Memenuhi permintaan majikan-majikan spa, salun atau pusat kesihatan yang amat memerlukan untuk tenaga kerja pakar tempatan. 4) Dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat komuniti.

Impact Parameters

Lebih ramai golongan belia boleh mendapatkan ilmu kemahiran di dalam bidang ini untuk menjana ekonomi keluarga di samping menambah pendapatan minima RM3000.00 sebulan dengan memulakan perniagaan spa secara bergerak selepas tamat bengkel ini.

Project Endorsement

Supporter

Saya Noraini Binti Mokhtar, adalah Pengasas Cony Kimora School of Skills & Knowledge Academy. Saya dahulunya bermula sebagai usahawan spa bergerak pada tahun 2011 sehinggalah mempunyai akademi sendiri kini. Saya faham perasaan dan jerih payah serta semangat yang berkobar-kobar para belia diluar sana yang bersungguh-sungguh mahu ubah kehidupan diri dan keluarga dan ingin juga menambah pendapatan kerana kekangan dan kos sara hidup yang kian meningkat. Tahun ini dengan peluang dari Actyvate, saya amat mengharapkan sokongan anda semua untuk undi Kempen Bengkel Intensif Terapi Wajah dan Terapi Solekan Golongan Belia ini agar kita sama-sama dapat mengubah kehidupan kita. Semoga denga kejayaan kemnpen ini dapat melahirkan lebih ramai usawahan belia terbilang, berjaya dan dapat dibanggakan oleh anak-anak kita suatu hari nanti. Sokongan padu daripada persatuan, kumpulan atau individu kategori belia dalam mengundi projek ini amat saya hargai.

Project Needs

Type of help needed

Funding

Project Cost

RM 75000

Describe Needs

Cost for project as below:

DescriptionPrice/Unit (RM)QuantityAmount (RM)
Alat Bantuan Mengajar (Nota, Produk, Kelangkapan dan Peralatan, Mesin-mesin, Uniform dan Sijil Penyertaan) 10005050000
Penginapan Peserta 5 Hari2505012500
Gaji Pembantu Tenaga Pengajar500105000
Makanan & Minuman Peserta Sepanjang Bengkel 150507500 
Total cost75000

Milestone

Saya Noraini Binti Mokhtar, adalah Pengasas Cony Kimora School of Skills & Knowledge Academy. Saya dahulunya bermula sebagai usahawan spa bergerak pada tahun 2011 sehinggalah mempunyai akademi sendiri kini. Saya faham perasaan dan jerih payah serta semangat yang berkobar-kobar para belia diluar sana yang bersungguh-sungguh mahu ubah kehidupan diri dan keluarga dan ingin juga menambah pendapatan kerana kekangan dan kos sara hidup yang kian meningkat. Tahun ini dengan peluang dari Actyvate, saya amat mengharapkan sokongan anda semua untuk undi Kempen Bengkel Intensif Terapi Wajah dan Terapi Solekan Golongan Belia ini agar kita sama-sama dapat mengubah kehidupan kita. Semoga denga kejayaan kemnpen ini dapat melahirkan lebih ramai usawahan belia terbilang, berjaya dan dapat dibanggakan oleh anak-anak kita suatu hari nanti. Sokongan padu daripada persatuan, kumpulan atau individu kategori belia dalam mengundi projek ini sehingga mencapai 50 vote amat saya hargai.

Voting start date: 21/06/2018

Write a comment

Comment List

X