Surat Berita Actyvate [1 Jun 2018]

 

 

AIESEC hanya memerlukan RM311 untuk memperkasa pemimpin belia untuk hari esok!

Diasaskan oleh AIESEC di Universiti Utara Malaysia (2014), Northern Youth Leadership Conference (NYLC) merupakan konferens yang memfokuskan tema  ‘Believe In You, Believe In Youth’. Mereka bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dalam kepimpinan, memupuk minat dalam isu dunia, kepimpinan dan pengurusan, dan meningkatkan keyakinan diri melalui peluang kepimpinan.

Sumbangan anda akan membantu AIESEC melengkapkan 500 pelajar daripada sekurang-kurangnya 7 sekolah menengah di Kedah, Perlis & Penang dengan skil kepimpinan yang mereka perlukan untuk mencari suara yang berkredibilti bagi generasi mereka.

 

 

Ingin ketahui bagaimana untuk berjaya mengumpul dana?

Bengkel pengumpulan dana akan memberikan anda panduan untuk merangka strategi yang berkesan dalam mempromosi dan mengumpul dana bagi projek atau NGO anda untuk mencapai target dana. Pernahkah anda berfikir untuk mengumpul dana bagi projek komuniti atau melakukan kempen pengumpulan dana sebelum ini, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menarik perhatian penderma untuk menderma kepada projek anda? Anda bertuah, sememangnya bengkel ini untuk anda!

TEMPAT: Auditorium, SOLS 24/7 Malaysia HQ
TARIKH: 7 Jun 2018
MASA: 3.00pm – 5.00 pm

 

Write a comment

X