TIKET BAS RAYA 2.0

TIKET BAS RAYA 2.0 adalah program di mana membantu pelajar-pelajar miskin berpotensi yang menuntut di bandar-bandar besar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Pelajar yang terpilih layak untuk menebus harga tiket perjalanan pergi dan balik, juga sedikit duit tangan untuk mereka membeli hadiah kepada ibu bapa mereka. Hanya 20 pelajar sahaja akan di pilih untuk program ini.

2 Backers 0 Love it 0 Reviews
RM3,000 Raised
RM3,000 Goal
Raised Percent :
100.00%

0 Days to go
100% funded
This campaigns is over.
Kuala Lumpur, Malaysia

Project Owner

Syed Azmi Alhabshi

Problem

Ramai pelajar bijak datang dari keluarga yang daif dan besar, terpaksa mengikat perut dan bekerja secara sambilan semata untuk membeli tiket bas ulang alik semata untuk pulang beraya bersama keluarga. Program ini adalah untuk membantu mereka meringankan beban mereka dan keluarga semata untuk berkumpul pada hari istimewa ini. Ada yang terpaksa memilih pilihan perjalanan paling murah tetapi menyusahkan dan berisiko kerana kekurangan duit. Mereka juga terpaksa berpenat lelah tidak dapat memberi fokus terhadap pelajaran semata kerana hal ini, seperti kita tahu, kos tikes bas sekarang telah meningkat dan sangat mahal.

Solution

Kami akan memberi taja tiket bas mereka untuk pulang ke kampung dan balik ke universiti juga sedikit duit tangan kepada pelajar untuk membeli hadiah kepada ibu bapa mereka. Sessi temuramah akan dijalankan, soalan adalah: 1. Harga tiket tambang x 2 kalau perlu 2. Harga transport ke tempat bas dan rumah x 2 jika perlu. 3. Bilangan adik beradik dan anak number berapa. Apa jadi pada yang tua, dah kahwin ke, kerja ke dan sebagainya. Kami juga prihatin terhadap adik beradik lain yang masih belajar di universiti. 4. Pekerjaan ibu bapa. 5. Soalan cepu emas seperti a. Kalau ada orang yang susahnya sama seperti pelajar tersebut. Adakah anda akan menerima duit ini? b. Kenapa anda layak? c. Bagaimana anda mengawal dan memperbaiki keadaan kewangan. d. Apakah nasihat ibu bapa yang berharga. e. Harapan anda.

Target Beneficiary

Target adalah kepada pelajar-pelajar cemerlang yang datang dari keluarga yang dhaif. Dengan adanya program ini mereka dapat bersama keluarga untuk meraikan hari istimewa ini. Ini juga sebagai ganjaran untuk kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

Apabila kami bantu pelajar-pelajar ini, mereka lebih bersyukur dan mereka akan lebih berusaha untuk membantu keluarga dan masyarakat persekitaran mereka. Pada tahun lepas, kebanyakan pelajar yang kami telah bantu terdiri dari mereka yang terpaksa menempuh perjalanan yang sukar untuk pulang ke kampung halaman yang berada di pedalaman.


Supporter

Penyumbang kami terdiri dari individual perseorangan dengan memberi wang tunai dan juga ada membantu kami untuk mendapatkan tiket feri kepada pelajar. Terdapat juga individual yang membantu kami untuk membawa pelajar ini dengan kenderaan pacuan empat roda kerana faktor jalan untuk menuju ke kampung pelajar ini.

Project Needs


Type of help needed

Funding

Project Cost

RM 3000

Describe Needs

Cost for project as below:
Description Price/Unit (RM) Quantity Amount (RM)
 Tiket bas pulang ke kampung  60  20 1200 
Tikes bas pulang belajar  60  20  1200 
 Duit tangan 30  20  600 
Total cost  3000

Milestone

  • Tarikh interview dan pemberian tajaan : 4 June 2018
  • Membuat sebaran maklumat secara media social, facebook, instagram dan aplikasi Whatsapp.
Name Donate Amount Date
Actyvate RM2,000 June 06, 2018
Syed Azmi RM1,000 June 05, 2018

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TIKET BAS RAYA 2.0”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X