Kursus Intensif Rekleksologi, Penjagaan Kaki, Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki Untuk Golongan Belia

Focus Area

Education

Short Description

Melatih dan melahirkan usahawan dari golongan belia melalui Kursus Intensif Rekleksologi, Penjagaan Kaki, Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki. Selepas tamat bengkel intensif ini, para peserta dapat memulakan perkhidmatan secara bergerak ataupun dapat diterapkan untuk peluang pekerjaan kepada pemilik-pemilik spa, salun atau pusat kesihatan yang amat memerlukan untuk tenaga kerja pakar tempatan.

Total 59 Votes

Tell us how can we improve this post?

+ = Verify Human or Spambot ?

Voting end : 30.06.2018

The Project

Project Owner

Mohd Erwan Bin Tahir

Location

Perak

Problem

Ramai belia sedar bidang ini dapat memberikan pendapatan yang lumayan dan amat berminat untuk mendapatkan ilmu kemahiran di dalam bidang rekleksologi, penjagaan kaki, penjagaan kuku tangan dan kaki ini untuk menjana ekonomi diri dan keluarga di samping menambah pendapatan, namun oleh kerana tidak berkemampuan dan juga kurang kemudahan semasa menghadiri bengkel, hasrat mereka ini tidak dapat diteruskan.

Solution

1) Menyediakan platform Kursus Intensif Rekleksologi, Penjagaan Kaki, Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki Untuk Golongan Belia di mana latihan diberikan adalah dalam bentuk teori dan juga latihan praktikal. Latihan praktikal ini amat penting supaya para peserta bengkel akan lebih mudah mempraktiskan kemahiran yang telah dipelajari dan bersedia melalui pengalaman industri sebenar

2) Membuka peluang pekerjaan selepas mereka tamat belajar untuk menjadi terapis spa bersama bersama rakan-rakan pemilik bisnes spa yang lain.

Target Beneficiary

1) Para belia dapat segera memulakan perniagaan spa bergerak selepas tamat belajar.

2) Mengurangkan kadar pengangguran terutamanya para belia yang belum mendapat pekerjaan kerana kurangnya ilmu dalam kemahiran ini.

3) Memenuhi permintaan majikan-majikan spa, salun atau pusat kesihatan yang memerlukan untuk tenaga kerja pakar tempatan.

4) Dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan masyarakat komuniti.

5) Para majikan spa, salun atau pusat kesihatan dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Impact Parameters

Lebih ramai golongan belia boleh mendapatkan ilmu kemahiran di dalam bidang ini untuk menjana ekonomi keluarga di samping menambah pendapatan minima RM3000.00 sebulan dengan memulakan perkhidmatan secara bergerak selepas tamat bengkel ini.

Project Endorsement

Supporter

Sokongan dan penglibatan daripada persatuan, kumpulan atau individu kategori belia.

Project Needs

Type of help needed

Funding

Project Cost

RM 75000

Describe Needs

Cost for project as below:

DescriptionPrice/Unit (RM)QuantityAmount (RM)
 Alat Bantuan Mengajar (Nota, Produk, Kelangkapan dan Peralatan, Mesin- mesin, Uniform dan Sijil Penyertaan)10005050000
Penginapan Peserta 5 Hari2505012500
3Gaji Pembantu Tenaga Pengajar500105000
 Makanan & Minuman Peserta Sepanjang Bengkel150507500 
Total cost75000

Milestone

Sebulan persediaan iaitu bulan Julai 2018. Jadi tarikh cadangan adalah pada 15 – 19 Ogos 2018

Voting start date: 21/06/2018

Write a comment

X