PROGRAM MEMPERKASAKAN WANITA MELALUI KEUSAHAWANAN MOBILE SPA

Focus Area

Women Empowerment

Short Description

Projek ini bertujuan untuk membantu golongan wanita terutamanya dari golongan berpendapatan rendah (B-40) dan berminat untuk menceburkan diri secara serius untuk menambah pendapatan melalui program usahawanita mobile-spa. Peserta akan diberikan pakej peralatan mobile-spa, diajar cara komunikasi dan cara layanan berkesan terhadap pelanggan. Program ini melibatkan pembelajaran praktikal melibatkan cara rawatan spa wajah , pantang-larang semasa pengendalian spa, konsultasi dan pemantauan secara berkala. Program ini dijangka berjalan selama 1 bulan dengan struktur latihan dan teknik mentoring.

Total 53 Votes

Tell us how can we improve this post?

+ = Verify Human or Spambot ?

Voting end : 30.06.2018

The Project

Project Owner

KAMIL IKMAL BIN KAMARUDIN

Location

Selangor

Problem

Kebanyakan golongan wanita yang berkerjaya mahupun yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa akan cuba untuk membantu menambah pendapatan seisi keluarga melalui perniagaan terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan B-40 bagi menyelesaikan kemelut kesempitan hidup dan masalah kewangan. Namun proses itu tidak mudah bagi mereka untuk memulakan sesuatu perniagaan. Faktor kekangan masa mendorong mereka untuk tidak bergerak proaktif dan tidak produktif untuk mencari sumber rezeki lain selain kekurangan kemahiran, peralatan, ilmu pengetahuan dan teknik pemasaran . Akhirnya, mereka mengalami kekecewaan dan kerugian akibat menanggung hutang melalui perniagaan yang mereka jalankan dengan modal yang besar.

Solution

Melalui program keusahawanan Mobile-Spa selama 1 bulan , peserta akan didedahkan dengan pembelajaran teori & amali (Hands-On), latihan yang komprehensif serta dilengkapkan dengan peralatan supaya mereka menjadi insan yang berdaya saing dan bersedia sebagai usahawanita Mobile-Spa. Melalui program ini, peserta juga akan didaftarkan ke dalam aplikasi GetzSpa yang membantu mereka untuk mendapatkan tempahan Mobile-Spa dari pelanggan di dalam talian. Aplikasi ini dapat membantu peserta untuk menerima tempahan mengikut kesesuaian masa dan tempat yang mereka inginkan. Konsep Mentoring dan pemantauan secara berkala juga akan dilakukan untuk memastikan peserta mencapai sasaran yang ditetapkan. Di Akhir program, peserta perlu menjalani peperiksaan dan melepasi ujian bagi memastikan kualiti perkhidmatan mengikut piawaian yang ditetapkan agar mereka berubah ke arah profesionalisme dan berkualiti.

Target Beneficiary

Program ini menyasarkan 30 ORANG PESERTA golongan wanita: 1- Berpendapatan rendah (B-40) 2- Berumur 21 tahun – 45 tahun 3- Warganegara Malaysia 4- Minat Yang Mendalam Dalam Perniagaan Lain-lain kriteria : Usahawanita, Pelajar, kakitangan Awam, Pemilik Perniagaan Kecil dan Sederhana, Stokis dan Agen produk

Impact Parameters

1. Melahirkan dan memperkasakan wanita lebih berkemahiran dan berkualiti. 2. Melahirkan golongan wanita yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran. 3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan kehadapan setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan. 4. Membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada gologan wanita. 5. Memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya meminati dan menceburi bidang kemahiran. 6. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang yang disertai (Mobile Spa & Imej Diri). 7. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi yang berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di dalam dunia perniagaan. 8. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka. 9. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawanita yang sedia ada di pasaran. 10. Menghalang golongan wanita dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya. 11. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawanita pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

Project Endorsement

Supporter

Projek ini akan dijalankan secara usahasama oleh syarikat Kosmetik dan Penjagaan Diri (Glorenze ) DAN (HARRATT by CALIPH CREW VENTURES) bersama pengendali Aplikasi Mobile-SPA (GetzSpa) dan dibantu oleh Pelatih Beauty Consultant dari GetzSpa : 1- NURHIDAYAH BINTI MOHD YUSOF 2- ANITA MOHD ALI 3- NORAZERA AHMAD NORDIN 4- NUBAILAH BINTI MOHD NAYAN

Project Needs

Type of help needed

Funding

Project Cost

RM 30000

Describe Needs

Cost for project as below:

DescriptionPrice/Unit (RM)QuantityAmount (RM)
 PAKEJ PERALATAN DAN KELENGKAPAN MOBILE-SPA5003015000
PENDAFTARAN LATIHAN DAN PERNIAGAAN100303000
PROGRAM USAHAWANITA MOBILE-SPA & IMEJ DIRI100303000
KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN50301500
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN100303000
KURSUS PEMASARAN100303000
 MENTORING DAN ALATAN PEJABAT5030 1500
Total cost30000

Milestone

Program ini dijangka bermula pada bulan 1 Ogos 2018 sehingga 31 Ogos 2018

Voting start date: 21/06/2018

Write a comment

X